HORMATI SEJARAH KESULTANAN – SERI PADUKA

Apabila ada kekusutan mengenai asal usul orang Melayu, selalunya sejarah kesultanan Melayu hendaklah dirujuk.
Dalam konteks perbahasan mengenai apakah orang Melayu berasal dari wilayah ini juga boleh dirujukkan kepada sejarah kesultanan Melayu
Ikuti titah Yang di-Pertuan Agong di Kuala Terengganu dalam perutusan buku cenderamata sempena Majlis Pelancaran Sambutan Tiga Abad Kesultanan Terengganu 1708-2008 di Taman Tamadun Islam (TTI).

KUALA TERENGGANU (14 Okt. 2008)Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menyeru rakyat agar memahami dan menghormati sejarah kesultanan serta mengambil pengajaran daripadanya supaya warisannya terpelihara.

Seri Paduka bertitah, seperti yang dibuktikan dalam sejarah, institusi raja dan rakyat adalah erat laksana isi dengan kuku dan perlu dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
Tuanku Mizan bersyukur dan melahirkan penghargaan tinggi di atas taat setia yang ditunjukkan oleh rakyat kepada institusi raja selama ini.

”Raja menaungi dan melindungi rakyat, manakala rakyat mendukung raja,” titah Seri Paduka dalam perutusan buku cenderamata sempena Majlis Pelancaran Sambutan Tiga Abad Kesultanan Terengganu 1708-2008 di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud; Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong.

Seri Paduka percaya paduan antara kedua-dua pihak iaitu rakyat dan raja akan dapat membangunkan negeri Terengganu menjadi sebiji mutiara yang indah dan cemerlang di Pantai Timur.

Mengenai sambutan tersebut, Tuanku Mizan yakin ia adalah rakaman sejarah yang penting dan amat besar ertinya.

Titah Seri Paduka, ia membuktikan bahawa Kesultanan Terengganu adalah sebuah kesultanan yang utuh dan berdaulat selama 300 tahun dengan 16 orang sultan yang memerintah sehingga ke hari ini.

”Sebagai seorang sultan generasi baru, beta berasa bersyukur dan amat gembira dapat bersama rakyat meneruskan sejarah kesultanan yang cemerlang ini,” titah Seri Paduka.

Sempena majlis itu, Tuanku Mizan berkenan melancarkan buku ‘Dirgahayu Tuanku: Sejarah Kesultanan Terengganu, 1708-2008’ terbitan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) hasil tulisan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Nik Anwar Nik Mahmud dan Dr. Anwar Omar Din.

Buku mengandungi 16 bab itu bertujuan memulihara dan mengembangkan sejarah serta warisan Terengganu bermula daripada Sultan Terengganu pertama, Sultan Zainal Abidin 1 dan pelbagai aspek lain agar ia dapat diketengahkan untuk pengetahuan masyarakat dalam negeri dan antarabangsa.

Selain pelancaran buku tersebut, satu pameran mengenai sejarah kesultanan Terengganu turut diadakan di Muzium Negeri selain persidangan yang dianjurkan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dan YDSM sempena sambutan berkenaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: